Wednesday, January 7, 2009

Asas Ilmu Tauhid

Ilmu Tauhid ialah ilmu yang membincangkan tentang aqidah dan kepercayaan kita terhadap keesaan Allah S.W.T

Ilmu Tauhid membincangkan dan memperincikan tentang Rukun Iman dan perkara yang berkaitan dengannya.

Rukun Iman ada enam perkara iaitu:

1) Percaya Kepada Tuhan (Allah)
2) Percaya Kepada Malaikat
3) Percaya Kepada Kitab
4) Percaya Kepada Rasul
5) Percaya Kepada Hari Kiamat
6) Percaya Kepada Qadha dan Qadar

Apabila kita percaya kepada Tuhan, kita perlulah mengenal siapa tuhan kita. Tuhan kita adalah Allah S.W.T. Allah mempunyai sifat yang wajib,harus dan mustahil untuk kita percayai.

Percaya kepada malaikat ialah kita meyakini tentang kewujudan malaikat dalam kehidupan kita,mengetahui nama-nama malaikat serta tugas-tugas malaikat.

Kita juga harus percaya dan meyakini tentang kewujudan kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah kepada Rasul-rasul terpilih bagi menyampaikan dakwah meng-esakan Allah S.W.T.

Percaya kepada rasul merupakan rukun iman yang keempat, rasul yang disebut didalam al-quran ialah 25 orang. menjadi kewajipan kita untuk mempercayai tentang kebenaran para rasul dalam menyampaikan dakwah.

Hari Kiamat itu ada, kita diwajibkan untuk mempercayainya. hari kiamat adalah hari pembalasan bagi setiap manusia bagi segala dosa dan pahala yang telah kita lakukan didunia.

beriman kepada qadha dan qadar ialah percaya tentang takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.