Thursday, July 2, 2009

Aurat dalam islam

sememangnya Islam menggariskan tertib berpakaian yang jelas, kerana itu didalam Islam ada aurat ataupun kawasan di badan dan anggota yang tidak boleh diperlihatkan kepada orang lain.

Aurat Lelaki.

aurat lelaki ialah dari pusat ke lutut, ini bemakna bahagian lain daripada pusat hingga lutut diharuskan untuk diperlihatkan kepada orang lain. justeru tidak menjadi masalah kepada seorang lelaki untuk berjalan-jalan dengan tidak memakai baju misalnya, tetapi ini juga bergantung kepada tahap keseganan sesorang, jika dia merasa malu untuk menunjukkan bahagian tubuh yang bukan aurat tadi, maka dia tidak akan menunjukkan kepada orang lain. oleh itu kita dapat lihat jarang sekali orang lelaki yang berjalan tidak memakai baju ataupun hanya menutup bahagian wajib auratnya sahaja keluar ke bandar atau ke pasar. meskipun itu tidak salah di dalam Islam tetapi pandangan masyarakat akan menganggap orang yang berjalan dengan tidak memakai baju itu sebagai kurang siuman, maka ketika itu kita kena pakai baju kerana nak mengelakkan diri kita dari fitnah dan menyebabkan orang membuat fitnah kepada kita.

sebaliknya pula, kita lihat budaya kita pada hari ini, pemuda-pemuda dan juga lelaki-lelaki yang suka berseluar pendek yang tidak sampai ke lutut, maknanya, seakan menjadi trend sekarang keluar ke bandar atau ke khalayak umum dengan memakai seluar pendek yang menampakkan lutut. hal ini sememangnya tidak dibenarkan dalam Islam kerana tidak menutup aurat. malangnya masyarakat kita pada hari ini menganggap itu tidak salah, justeru Islam adalah lebih penting dari pandangan Masyarakat. tidak kira sama ada pandangan masyarakat menganggap memakai seluar pendek sebagai satu perkara biasa ataupun tidak.

Aurat perempuan

aurat perempuan lebih banyak dan lebih perlu dijaga berbanding lelaki. ulama bersepakat mengatakan aurat perempuan itu adalah seluruh tubuhnya melainkan muka dan tangan. justeru amatlah dituntut agar kaum muslimat dapat menjaga dan memelihara kehormatan dirinya dengan menjaga aurat mereka.

sebagaimana remehnya pandangan masyarakat tentang aurat lelaki, begitulah juga remehnya pandangan masyarakat kita tentang aurat perempuan, malahan boleh dikata terlebih lagi dianggap remah masalah aurat perempuan ini. jika masalah aurat perempauan tidak dianggap remeh oleh anggota masyarakat, suah tentu kita tidak akan dapat melihat gejala-gejala negatif dan juga trend-trend berpakaian yang menyalahi syarak tidak berlaku dalam masyarakat kita. contohnya, budaya meniru pakaian artis yang bertentangan dengan islam di agung-agungkan. tudung hanyalah satu trend masakini yang menjadi satu gaya terkini dalam fesyen. dengan tidak menitik beratkan kehendak syariah maka kita akan temui fesyen bertudung yang hanya meutup rambut sahaja. begitu juga gaya bertudung yang menonjolkan anggota badan yang lain.

No comments:

Post a Comment