Monday, November 1, 2010

Doa sebagai Ibadat (mengelak diri dari bermegah-megah)

Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...”
(Abu Daud dan at-Tirmidzi)

dalam hadis ini jelas menunjukkan kita digalakkan berdoa..apatah lagi berdoa itu dikira ibadah.
setiap dari kita memerlukan pertolongan sebanarnya...tidak ada antara kita boleh membuat semua perkara seorang diri. mungkin ada antara kita mendabik dada tentang kehandalannya berbuat sesuatu..namun hakikatnya manusia tidak mampu melihat matanya sendiri tanpa bantuan cermin.

Doa sebagai penghubung antara manusia dan penciptanya...sudah tentu orang yang banyak berdoa adalah manusia atau hamba yang rapat dengan Tuhannya, sebagaimana seorang anak yang banyak meminta adalah biasanya anak yang rapat dengan ibu bapanya.. justeru keperluan berdoa sebagai satu ibadat amatlah perlu supaya kita tidak tergolong dikalangan orang yang sombong dan bermegah-megah.

No comments:

Post a Comment